#LAWAN MALAYSIA


#Lawan adalah gerakan dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia yang ketika ini letih, kecewa dan marah terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membunuh dan punca penderitaan rakyat Malaysia.

Sekretariat Solidariti Rakyat


#LAWAN MALAYSIA


#Lawan is a movement by and for Malaysians who are tired, frustrated, and angry at the Perikatan Nasional (PN) government who has killed and caused suffering to thousands.

Sekretariat Solidariti Rakyat

INFO LANJUT

Siapa Sekretariat Solidariti Rakyat?

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) adalah gabungan organisasi belia dan kumpulan masyarakat madani untuk menekan kerajaan Malaysia untuk menuntut 3 tuntutan:

1) Perdana Menteri dan kabinetnya untuk letak jawatan serta-merta
2) Parlimen untuk bersidang sepenuhnya
3) Moratorium automatik untuk semua

SSR adalah penganjur bersama 4 protes sebelum ini, seperti: himpunan #Undi18Now dan #BukaPuasaBukaParlimen, dan kempen #BerayadiJalanRaya dan #Lawan.

Kenapa Kita Mesti Protes?

Sekretariat Solidariti Rakyat menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak mendapat mandat dan kepercayaan rakyat untuk menyelamatkan negara dari pandemik Covid-19 yang telah memberi impak hebat kepada kesejahteraan sosial,ekonomi rakyat.

Sudah tiba masanya Malaysia memiliki pemimpin yang sedar diri, bertanggungjawab dan rendah hati dalam memahami denyut nadi rakyat. Kita tidak perlukan pemimpin yang sentiasa memperlekeh derita rakyat dan membuat keputusan yang menyusahkan rakyat terbanyak.

Kini rakyat perlu tunjukkan kembali di mana letak duduk martabat kita dalam negara ini. Kita tidak berhasrat untuk bermusuh dengan sesiapa melainkan politikus yang gila kuasa dan tidak mempedulikan kesusahan yang dialami oleh rakyat.

Kami tuntut Perdana Menteri dan seluruh kabinet yang beliau lantik untuk letak jawatan serta-merta, sidang parlimen diadakan secara penuh, dan moratorium automatik untuk semua.

INILAH KENAPA KAMI PILIH UNTUK #LAWAN.

Sekretariat Solidariti Rakyat


MORE INFO

Who is Sekretariat Solidariti Rakyat?

The Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) is a coalition of youth and civil society organisations to pressure the Malaysian government to enact 3 demands:

1) The Prime Minister and his cabinet to resign immediately
2) A full Parliament sitting to run
3) Automatic moratorium for all

The SSR has organised 4 protests so far, such as: the #Undi18Now and #BukaPuasaBukaParlimen protests, and the #BerayadiJalanRaya and #Lawan campaigns.

Why Must We Protest?

The Sekretariat Solidariti Rakyat stresses that the Perikatan Nasional government does not have the ability of guiding the country out of the Covid-19 pandemic and its impact on the economy, lives and health of the people.

It is time for the people to have leaders who are self -aware, responsible and humble in understanding the sentiment of the people. We do not need leaders who belittle suffering and make decisions that do not benefit the people.

We need to take back our place in the country. We do not wish to antagonise anyone except power-hungry leaders who are insensitive to the hardships experienced by the people.

Our demand is for the Prime Minister and his cabinet to step down, a parliamentary session to be held in full, and an automatic moratorium for all.

THIS IS WHY WE MUST PROTEST.

Sekretariat Solidariti Rakyat


PANDUAN PROTES

Persediaan Sebelum Protes

Keadaan Kesihatan

Anda dinasihatkan untuk tidak menyertai protes jika:

Sekiranya anda menghidapi mana-mana gejala di atas.

Anda tinggal bersama dengan individu yang risiko tinggi untuk menghidap jangkitan Covid-19 (anak kecil atau orang tua).

Sebelum menghadiri protes, sila memastikan anda:

Sila mengambil suhu badan anda setiap hari sebelum menghadiri protes.

Anda dinasihatkan supaya menjalankan ujian PCR/RTK 48 ham sebelum menghadiri protes.

Pelan Pergerakan

Rancang pergerakan anda sebelum hari protes.
Pilihan termasuk: Memandu, Pengangkutan Awam, E-hailing.

Sekiranya anda ingin memandu, rancang lebih awal untuk sekatan jalan raya dan tempat letak kereta yang mudah diakses.

Alternatifnya, rancang lebih awal laluan pengangkutan awam anda.

Pelan Keselamatan

Tentukan talian kecemasan anda dan pastikan mereka mengetahui pergerakan anda.

Rancangkan kaedah untuk kenal pasti keluarga dan kawan dalam gerombolan orang ramai supaya tidak tersesat.

Dapatkan kebenaran ibu/bapa/penjaga jika anda di bawah umur 18 tahun.

Cara Menyokong

Buat tanda protes.
Gunakan 'hashtags' #KeluarDanLawan dan #Lawan
Gunakan warna hitam, putih dan merah.

Panduan Berprotes

Sila Bawa/Pakai:

KES PERTOLONGAN CEMAS
berserta tisu basah / kering

BOTOL AIR

TUALA WANITA LEBIH

BAJU LEBIH

DUA PELITUP MUKA
Atau pakai pelitup muka N95

PAYUNG
Untuk tujuan penjarakan sosial

SARUNG TANGAN

PEMBERSIH TANGAN

POWER BANK
Pastikan dicas sepenuhnya

RESPIRATOR
Dapatkan daripada penjual yang sah

TOPI
Untuk tujuan berteduh

BAJU HUJAN
Lapisan perlindungan tambahan

PAKAI BAJU YANG SELESA
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan cuaca. T-shirt dan/atau lengan panjang disyorkan.

KERTAS & PEN
Jika anda disoal atau ditahan oleh pihak polis, catatkan nama polis dan nombor ID pada pakaian seragam mereka.

Sila ELAKKAN:

Membawa Barangan Berbahaya
(e.g. Dadah, Senjata & Arak)

Membawa Barangan Berharga
(e.g. Barang Kemas, Elektronik)

Membawa Jumlah Tunai yang Banyak

Memakai Kanta Lekap, Produk Kulit Berasaskan Minyak, atau Solek Mata

Bantuan dan Keselamatan

Memastikan anda sentiasa selamat daripada wabak COVID-19:

Amalkan penjarakan sosial pada setiap masa. Pastikan jarak 2 meter antara satu sama lain.
(Gunakan payung sebagai panduan)

Elakkan menyentuh muka dan mata.

Elakkan berkongsi telefon, botol air, makanan atau barang peribadi orang lain.

Elakkan daripada menurunkan pelitup muka anda.

Sila bawa bahan protes sendiri. Elakkan berkongsi papan tanda, plakad, sepanduk dan barang-barang berkaitan daripada orang lain ketika protes.

Protes Masyal

Bagaimana marsyal-marsyal boleh dikenali?

Marshalls akan memakai topi keras putih dan sarung tangan lateks

Apakah tujuan marsyal?

Patuhi marsyal-marsyal yang ditentukan
Peserta protes harus sentiasa mematuhi arahan marsyal.

Tanda-tanda yang sedia ada
Sentiasa berwaspada pada tanda yang telah dibuat oleh marsyal untuk menunjukkan tempat berkumpul.

Bersurai secara teratur
Sekiranya ada arahan untuk bersurai, jangan panik dan pindah ke tempat-tempat seperti yang diarah oleh marsyal.

Jangan layan ejen provokator atau pengganggu
Sekiranya berlaku provokasi, peserta protes harus elakkan provokator dan marsyal akan mengenal pasti dan mengasingkan ejen provokator atau pengganggu.

Untuk mengelakkan daripada terkena gas pemedih

Sila bawa goggles atau kaca mata keselamatan daripada rumah.

Sekiranya anda terkena gas pemedih mata:
Tutup mata dan mulut anda, tinggalkan kawasan tersebut secepat mungkin.Elakkan menggosok mata anda; kaedah mengelipkan mata serta membilas bahagian mata anda lebih baik.Condongkan kepada anda dan bilas mata anda dengan air (gunakan syampu bayi sekiranya ada).Elak membilas mata dengan susu.

Menjaga Satu Sama Lain:

Sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda dan perhatikan jika ada yang memerlukan sokonganBersikap prihatin terhadap OKU dan individu tua, membantu mereka seboleh mungkin.

Sokongan atas Talian:

Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke protes secara fizikal, amalkan cara lain untuk mengambil bahagian secara dalam talian dengan memuat naik gambar atau mengguna tanda pagar di media sosial.Tanda pagar anda haruslah menekankan #KeluarDanLawan dan #Lawan.

Keselamatan Selepas Protes: Covid-19

Melindungi diri anda daripada wabak:

Cuci tangan dan baju anda, terus mandi apabila tiba di rumah.Untuk 10 hari yang seterusnya:
1. Adalah penting untuk anda melakukan pemerhatian sekiranya wujud gejala (simptom) yang berkait rapat dengan COVID-19. Sekiranya anda mula menghidap sebarang bentuk gejala, sila lakukan saringan PCR/RTK dan kurantinekan diri anda.

2. Hubungi rakan-rakan anda yang lain dan beritahu keadaan anda serta bertanya khabar tentang kesihatan rakan-rakan anda.

3. Pertimbangkan kuarantin kendiri sekiranya anda tinggal bersama-sama dengan individu yang mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap jangkitan Covid-19 (anak kecil atau orang tua).

COVID-19 Screening (RTK and PCR Test):

Petaling Jaya:

Klinik Familycare (03-7955 7955)
103 Block D, Jalan 16/11, Pusat Perdagangan Phileo Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Klinik Medijaya (03-7805 1639)
101, Jalan SS 25/2, Taman Bukit Emas, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Cheras:

Pantai Hospital Cheras (03-9145 2813)
1, Jalan 1/96a, Taman Cheras Makmur, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Poliklinik Mediprima (03-9081 1510)
10-G, Jalan Dataran Cheras 1,Cheras Traders Square Balakong, 43200 Cheras, Selangor

Subang Jaya:

U.n.i Klinik (03-5021 4561)
E-01-07, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Puchong:

Klinik Mediviron (011-3143 9425)
No G, 6, Jln Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Shah Alam:

Awam Clinic Glenmarie (03-5569 0422)
No 9, Jalan Juruaudit U1/37, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Kit Ujian Kendiri COVID-19 (RTK):

Kit ujian kendiri COVID-19 (RTK) ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

Salixium COVID-19 Home Self Test Rapid Antigen Kit (RTK) - RM39.90Gmate COVID-19 Home Self Test Saliva Rapid Antigen Kit (RTK) - RM39.90

Keselamatan Selepas Protes: Polis

Sekiranya anda dipanggil oleh pihak polis, sila hubungi sukarelawan undang-undang di talian +60 11-2948 2197

Ketahui hak anda dan jangan takut. Sekiranya anda disoal siasat oleh pihak polis:

1. Tulis nama dan nombor ID yang terdapat atau tertera di pakaian pihak polis.
Sekiranya polis tidak berpakaian seragam, minta untuk melihat kad perkhidmatan mereka. Catat nama dan nombor yang anda lihat.Sekiranya kad berwarna merah, ia bermakna polis tersebut telah digantung dan tidak perlu dilayan.

2. Anda hanya perlu mendedahkan nama, nombor IC dan alamat anda.
3. Sila tanya kepada pihak polis sekiranya anda ditangkap:

Sekiranya jawapannya adalah "Ya"dan anda dikehendaki pergi ke balai, pihak polis harus memberi alasan yang kukuh kenapa anda ditahan.Jika tidak, anda mempunyai hak untuk meninggalkan kawasan itu.

Ingat, JIKA anda ditangkap oleh polis:

1. Jangan bergaduh atau melawan. Ikut mereka ke balai polis sahaja.

2. Anda berhak menghubungi:
Rakan atau saudara anda; DANPeguam anda.
3. Hubungi perkhidmatan peguaman SSR. Sebanyak 20 Peguam sudah bersedia untuk menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang awam. Sila berikan maklumat berikut kepada Pasukan Guaman SSR:
Balai polis mana anda berada;Masa, lokasi dan sebab penangkapan anda.
4. Jangan bercakap dengan polis tanpa kehadiran peguam. Anda berhak mendapatkan nasihat undang-undang terlebih dahulu.

5. Anda juga berhak untuk berdiam diri ketika disoal siasat. Anda boleh memberikan jawapan seperti berikut:
"Saya berhak untuk berdiam diri""Saya mahu berjumpa dengan peguam saya""Saya akan menjawab di mahkamah"

Sekiranya tidak ditangkap, tetapi polis ingin mengambil keterangan:

1. Anda boleh mengatur masa / tarikh lain yang sesuai untuk memberikan keterangan anda di balai polis yang berkenaan sambil ditemani oleh peguam.

2. Ingat, anda berhak menolak untuk menjawab sebarang pertanyaan yang boleh mendedahkan anda kepada sebarang tuduhan jenayah.

3. Semasa anda memberikan pernyataan, anda boleh meluangkan masa untuk memahami soalan dan mendapatkan nasihat peguam sebelum menjawab. Sekiranya diperlukan, anda juga boleh meminta seorang penterjemah.

4. Sila membawa buku nota anda sendiri untuk mencatat:
Semua soalan dan jawapan anda;Nama dan pangkat polis dalam sesi soal jawab.
5. Polis mesti mencatat jawapan anda dan anda mesti menandatangani penyataan tersebut.
Kami berhak membaca dan membuat pembetulan pada pernyataan sebelum menandatangani.Jangan menandatangani kenyataan yang kosong.

Sekretariat Solidariti Rakyat


PROTEST GUIDE

Pre-Protest Concerns and Preparations

Health Conditions

You are NOT encouraged to participate in public protests:

If you are experiencing any Covid-19 symptoms such as the above.

If you live with someone from a high-risk category (children and senior citizens).

Before attending a protest, please ensure you do the following:

Please take note of your body temperature daily before attending the protest.

Kindly self test or schedule a PCR/RTK test 48 hours before the protest (optional).

Plan Transportation

Do plan your transportation options before the protest day. Options include: Driving, Public Transport, E-hailing.

If you choose to drive, do plan ahead for roadblocks and accessible parking spaces nearby.

If you choose to take public transport, plan ahead for routes.

Safety Preparations

Determine your emergency contacts and make sure that they are aware of your whereabouts.

If you are protesting with family & friends, plan for identification methods in a crowd.

Please obtain parent's/guardian's consent if you are below 18 years old.

Boost the Cause

Make protest signs.
Use the hashtags #KeluarDanLawan and #Lawan
Use black, white and red to show support.

Protest Dos and Dont's

What to Bring:

DOUBLE MASK
OR wear an N95 mask

UMBRELLA
For social distancing

GLOVES
For infection-control

HAND SANITISER

FIRST AID KIT
with wet wipes and tissues

LOTS OF WATER

SPARE SANITARY PADS

SPARE CHANGE OF CLOTHES

POWER BANK
Make sure it's fully charged

RESPIRATOR
Please obtain from verified sellers

CAP / HAT
For shade from the heat

RAINCOAT
Extra layer of protection

COMFORTABLE CLOTHES
Please dress appropriately for the weather. T-shirts and/or long sleeves are recommended.

PAPER & PEN
In the event you are questioned or detained by the police, take down the police’s name and ID number on their uniform.

Do NOT Bring:

Incriminating Items
(e.g. Drugs, Alcohol, Weapons)

Valuables
(e.g. Jewelry, Electronics)

Large Amounts of Cash

Contact Lenses, Oil-Based Skin Products, or Eye Makeup

Safety and Support

Keeping Yourself Safe from COVID-19

Maintain physical distancing at all times. Stay 2 meters from one another.
(Use your umbrellas as a guide)

Do not touch your face or eyes to minimize the spread of germs.

Avoid sharing phones, water bottles, food, or other personal items such as wallets.

Try your best to reduce the frequency of lowering your mask.

Bring your own protest materials. Do not share or handle signs, placards, banners and materials from other protestors.

Protests Marshalls

How to Identify Marshalls?

Marshalls will be wearing a white hard hat and latex glove.

What are Marshalls for?

Obey designated marshalls
Protester should obey designated marshall's instructions at all times.

Marshalls will create markings
Please be alert of the markings that marshalls will create for gathering places.

Disperse in an orderly fashion
In case there is instruction to disperse please do not panic and move to places as instructed by marshalls.

Ignore agent provocateurs or disruptors
In case of provocation, protester should walk away and Marshall will identify and isolate agent provocateur or disruptors.

In the event of tear gas or pepper spray:

If you have goggles or safety glasses at home, please bring them as a precautionary measure.

If your eyes are exposed to pepper spray or tear gas:
Close your eyes and mouth, move away from the area as quickly as possible.Do not rub them; blinking and rinsing are most effective.Tilt head sideways and rinse each eye with water (and diluted baby shampoo, if available).Do not flush with milk (the goal is to flush, not neutralise).

Look Out for One Another:

Be wary of your surroundings and pay attention if anyone is in need of support.Be considerate of OKU and elderly individuals, assisting them wherever possible.

#Lawan Online

If you didn't get to attend the physical protest, another way to join the protest is to do it on social media by posting, sharing, tweeting about #Lawan.

All posts should highlight #KeluarDanLawan and #Lawan to show the growth of the movement.

Post-Protest Safety: Covid-19

Protecting yourself from the virus

Wash your hands and clothes, take a shower upon arriving home.Take your temperature over the next few days.For the next 10 days:
1. Observe yourself for any symptoms of COVID-19. If you begin displaying the symptoms, please get tested and quarantine yourself immediately.

2. Stay in touch with other protesters, in case some later turn out to be sick.

3. Consider self-isolation if you are living with individuals in the high-risk categories.

COVID-19 screening (RTK and PCR Test):

Petaling Jaya:

Klinik Familycare (03-7955 7955)
103 Block D, Jalan 16/11, Pusat Perdagangan Phileo Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Klinik Medijaya (03-7805 1639)
101, Jalan SS 25/2, Taman Bukit Emas, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Cheras:

Pantai Hospital Cheras (03-9145 2813)
1, Jalan 1/96a, Taman Cheras Makmur, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Poliklinik Mediprima (03-9081 1510)
10-G, Jalan Dataran Cheras 1,Cheras Traders Square Balakong, 43200 Cheras, Selangor

Subang Jaya:

U.n.i Klinik (03-5021 4561)
E-01-07, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Puchong:

Klinik Mediviron (011-3143 9425)
No G, 6, Jln Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Shah Alam:

Awam Clinic Glenmarie (03-5569 0422)
No 9, Jalan Juruaudit U1/37, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Home Self Test Rapid Antigen Kit (RTK):

These Rapid Antigen Kits are approved by the Ministry of Health and allows you to self-screen for COVID-19:
Salixium COVID-19 Home Self Test Rapid Antigen Kit (RTK) - RM39.90Gmate COVID-19 Home Self Test Saliva Rapid Antigen Kit (RTK) - RM39.90

Post-Protest Safety: Police

If you are called to the police station, contact the SSR Legal Team at +60 11-2948 2197

Do not be afraid and know your rights. If you are stopped and questioned by police:

1. Take down their name and ID number on their uniform.
If the police is not uniformed, ask to see their authority card. Record the name and authority card number.If the card is red in colour, the police is suspended and we do not have to pay attention to them.

2. You are only required to disclose your name, IC number and address.

3. Ask the police: “Am I being arrested?”
If the answer is “Yes” or we are forced to go to the police station or the police does not allow us to leave the area, we are being arrested. The police must give reasons for an arrest.If we are not arrested, we have the right to leave the area.

Remember, IF you are arrested by the police:

1. Do not resist or fight. Follow them to the police station only.

2. You have the right to contact:
Your friends or relatives; ANDYour lawyer.
3. Call the SSR Legal Team’s free lawyer service, as many as 20 Lawyers will be on standby to offer their free services. Please provide the following information to the SSR Legal Team:
Which police station you are at;The time, location and reasons for your arrest.
4. Do not speak to the police without lawyers present. You have the right to get legal advice first.

5. You also have the right to be silent when questioned. You may give the following answers:
"I have the right to remain silent""I want to meet my lawyer"“I will answer in court”

If not arrested, but the police wish to take a statement:

1. You may arrange for another suitable time / date to give your statement at the relevant the police station while being accompanied by a lawyer.

2. Remember, you have the right to refuse to reply any questions that may expose you to any criminal charges.

3. When you are giving your statement, you can take your time to understand the question and obtain legal advice before answering. You may ask for a translator if required.

4. Please bring your own notebook to record:

All the questions and your answers;The name and rank of the police in the questioning session.
5. The police must record our answers and we must sign the statement.

We have the right to read and make any corrections to the statement before signing.Do not sign an empty statement.

Sekretariat Solidariti Rakyat