#LAWAN MALAYSIA
#Lawan adalah gerakan dari rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia yang ketika ini letih, kecewa dan marah terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membunuh dan punca penderitaan rakyat Malaysia.
#LAWAN MALAYSIA
#Lawan is a movement by and for Malaysians who are tired, frustrated, and angry at the Perikatan Nasional (PN) government who has killed and caused suffering to thousands.
INFO LANJUT
Siapa Sekretariat Solidariti Rakyat?
Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) adalah gabungan organisasi belia dan kumpulan masyarakat madani untuk menekan kerajaan Malaysia untuk menuntut 3 tuntutan:1) Perdana Menteri dan kabinetnya untuk letak jawatan serta-merta
2) Parlimen untuk bersidang sepenuhnya
3) Moratorium automatik untuk semua
SSR adalah penganjur bersama 4 protes sebelum ini, seperti: himpunan #Undi18Now dan #BukaPuasaBukaParlimen, dan kempen #BerayadiJalanRaya dan #Lawan.
Kenapa Kita Mesti Protes?
Sekretariat Solidariti Rakyat menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak mendapat mandat dan kepercayaan rakyat untuk menyelamatkan negara dari pandemik Covid-19 yang telah memberi impak hebat kepada kesejahteraan sosial,ekonomi rakyat.Sudah tiba masanya Malaysia memiliki pemimpin yang sedar diri, bertanggungjawab dan rendah hati dalam memahami denyut nadi rakyat. Kita tidak perlukan pemimpin yang sentiasa memperlekeh derita rakyat dan membuat keputusan yang menyusahkan rakyat terbanyak.
Kini rakyat perlu tunjukkan kembali di mana letak duduk martabat kita dalam negara ini. Kita tidak berhasrat untuk bermusuh dengan sesiapa melainkan politikus yang gila kuasa dan tidak mempedulikan kesusahan yang dialami oleh rakyat.Kami tuntut Perdana Menteri dan seluruh kabinet yang beliau lantik untuk letak jawatan serta-merta, sidang parlimen diadakan secara penuh, dan moratorium automatik untuk semua.INILAH KENAPA KAMI PILIH UNTUK #LAWAN.
MORE INFO
Who is Sekretariat Solidariti Rakyat?
The Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) is a coalition of youth and civil society organisations to pressure the Malaysian government to enact 3 demands:1) The Prime Minister and his cabinet to resign immediately
2) A full Parliament sitting to run
3) Automatic moratorium for allThe SSR has organised 4 protests so far, such as: the #Undi18Now and #BukaPuasaBukaParlimen protests, and the #BerayadiJalanRaya and #Lawan campaigns.
Why Must We Protest?
The Sekretariat Solidariti Rakyat stresses that the Perikatan Nasional government does not have the ability of guiding the country out of the Covid-19 pandemic and its impact on the economy, lives and health of the people.It is time for the people to have leaders who are self -aware, responsible and humble in understanding the sentiment of the people. We do not need leaders who belittle suffering and make decisions that do not benefit the people.
We need to take back our place in the country. We do not wish to antagonise anyone except power-hungry leaders who are insensitive to the hardships experienced by the people.Our demand is for the Prime Minister and his cabinet to step down, a parliamentary session to be held in full, and an automatic moratorium for all.THIS IS WHY WE MUST PROTEST.